• shafika9

Produk Ramly Tak Ada Penglibatan ‘Orang Tengah’ Dan Sentiasa Dipantau Pihak JAKIM

Updated: Oct 8, 2021

Baru-baru ini berlaku kegiatan penyeludupan masuk daging dari luar negara ke dalam negara  yang dikatakan tak halal dan menipu pengguna sejak hampir 40 tahun yang lalu. Sejak dari itu, kalangan rakyat Malaysia mula berasa gusar dan bimbang untuk membeli daging terutama dikalangan masyarakat Islam sendiri.

Memandangkan isu ini masih dalam proses siasatan, syarikat pengeluar makanan berasaskan daging, Ramly Food Processing Sdn Bhd (RFSB) mengeluarkan kenyataan pada media dengan berkata “RFSB mengimport daging dan lain-lain bahan mentah dari pengeluar luar negara dipantau JAKIM secara berkala.” 

Tambahnya lagi, “perkara ini disahkan Halal dengan tiada penglibatan orang tengah,” maklum pengarah urusannya Datuk Dr Ramly. Syarikat Ramly secara jelas sebuah syarikat bumiputera muslim dan amat menitik beratkan isu seperti ini.

Apa pandangan korang terhadap isu daging Halal ini? Berikan pendapat korang diruangan komen dibawah.

#BurgerRamly

0 views0 comments