• Jonathan Shiek

Priyanka Chopra dan Pedro Pascal Menjadi Superhero dalam Filem Terbaru di Netflix

Priyanka Chopra dan Pedro Pascal akan memainkan peranan sebagai watak penting, korang juga dapat menekanya, mereka akan jadi adiwira dalam filem terbaru Netflix “ We Can Be Heroes”.

Menurut dari trailer, filem ini digambarkan beberapa adegan klip iaitu pencerobohan mahkluk asing yang diselamatkan oleh adiwira kanak-kanak yang masih belajar untuk menguasai kuasa yang luar biasa bagi menyelamatkan dunia.

Rodriguez bukan lah asing dalam dunia industri perfileman superhero sebelum ini. Peminat superhero mungkin pernah melihat hasil karyanya seperti filem komedi “Spy Kids” 2001 dan juga filem cyberpunk seperti “Alita: Battle Angel” (2019) 

Untuk kali ini, Rodriquez membawa sentuhan lain untuk filem superhero Amerika, ketika diumumkan bahawa filem ini juga menampilkan Sharkboy dan Lavagirl dari filem 2005 “The Adventures of Sharkboy and Lavagirl in 3-D”.  

Adakah superhero akan menang?. Mungkin kita akan belajar dari adiwira kanak-kanak untuk menyelamatkan dunia pada akhir tahun ini, kerana filem ini akan dikeluarkan pada 25 Disember 2020. 

“We Can Be Heroes” dibintangi oleh Christian Slater, YaYa Gosselin, Akira Akbar, Andrew Diaz, Andy Walken, Boyd Holbrook, Hala Finley, Isaiah Russell-Bailey, Lotus Blossom, Lyon Daniels, Nathan Blair, Sung Kang, Vivien Lyra Blair, Adriana Barraza dan Christopher McDonald.

Korang boleh menonton trailer “ We Can Be Heroes” di bawah ini:




#WeCanBeHeroes

0 views0 comments