• Jonathan Shiek

‘Private Collector’ Malaysia Membeli Bugatti Edisi Terhad Bernilai RM 25 Juta

Siapa saja yang tak nak kereta mewah ini menjadi milik sendiri betulkan ? kereta seperti Bugatti  sentiasa menjadi idaman buat para pengemar kereta berkelajuan tinggi ini. Tahukah korang kereta ini menjadi tular di media sosial kerana terdapat beberapa gambar ‘unboxing’ kereta edisi terhad keluaran jenama dari kereta mewah Perancis, Bugatti milik orang Malaysia telah memberikan ‘kejutan’ kepada orang ramai.

Mesti ramai memikirkan bahawa memiliki sebuah kereta ini hanyalah satu pembaziran dan mustahil untuk memiliki sebuah kereta mewah yang bernilai RM 25 juta (harga semasa) ketika satu dunia terkesan dengan pandemik COVID-19.

Pada pengetahuan korang, beliau ini telah ‘dipilih’ oleh Bugatti untuk memiliki kereta mewah edisi terhad ini sejak tahun 2018 lagi. Pihak ‘Bugatti’ hanya memilih sesiapa yang layak untuk memiliki sebuah kereta ini.

Kereta ini sesuai untuk dipandu di kawasan litar kerana spesifikasi yang tinggi. Nama kereta yang diberi ialah Divo diambil sempena pelumba Perancis, Albert Divo yang memandu kereta Bugatti pada tahun 1920an dan memenangi perlumbaan ‘Targa Florio’ sebanyak dua kali.

Kereta ini mampu memecut dengan kelajuan 0-100km/j dalam tempoh 2.4 saat sahaja dan mencapai kelajuan maksimum sehingga 380km/j. Ia turut menggunakan enjin 8.0-liter quad-turbocharged W16 dimana menghasilkan output kuasa sebanyak 1,479hp. Bagi unit kereta ini dibina cuma hanya 40 unit sahaja dan ditawarkan kepada pemilik model Bugatti Chiron secara jemputan khas oleh pengedar Bugatti.

Model kereta ini juga telah pun habis dijual sehari sebelum pelancaran perdana kepada umum 24 Ogos 2018 dan orang Malaysia ini merupakan salah seorang yang terpilih. Untuknya beliau dapat memiliki sebuah kereta termahal ini.

Sumber artikel asal dari VOCKET

1 view0 comments