• Jonathan Shiek

Presiden AS Bakal Umum Rancangan Edar Vaksin Ke Seluruh Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dijangka melancarkan rancangan pentadbirannya untuk mengedarkan 80 juta dos vaksin COVID-19 di seluruh dunia pada Khamis ini, menurut Setiausaha Negara Antony Blinken semasa berucap di Kedutaan Amerika di San Jose, Costa Rica.

Blinken berkata pentadbiran Biden akan mengedarkan vaksin di seluruh dunia khususnya di negara yang sangat memerlukan, tanpa ada kepentingan politik. Masyarakat Antarabangsa kini dalam usaha untuk memberi vaksin sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk dunia menjelang 2024, namun jika pengeluaran vaksin dapat dipertingkat, sasaran itu boleh dicapai pada akhir 2022.

Sumber artikel asal dari MalaysiaKini

1 view0 comments