• Jonathan Shiek

Prebet Adam Meninggal Dunia

Adam Jaafar atau lebih dikenali sebagai “Prebet Adam” yang pernah terkenal kerana amok di kawasan Chow Kit pada tahun 1987 dan kini dilaporkan meninggal dunia. Menurut dari sebuah laporan media, Adam meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang di Georgetown, Pulau Pinang pada kelmarin.

Beliau yang berusia 57 tahun dan telah dikebumikan di Datuk Keramat di ibu negeri. Kejadian yang berlaku 1987 dan pernah berkhidmat sebagai seorang tentera pada usianya 23 tahun, Adam di pinggir bandar Chow Kit dengan menggunkan sebuah motosikal dan membawa senapang M16 yang dicurinya dari pangkalan tentera di Ipoh, Perak.

Apabila sampai di sana, beliau lepaskan tembakan secara rambang menyebabkan seorang terbunuh dan manakala yang lain tercedera. Adam didakwa ke mahkamah atas kejadian amok berkenaan. Bagaimanapun, Adam didapati masalah mental dan ditempatkan dalam rawatan psikiatri.

Adam Jaafar @ Prebet Adam yang pernah menggemparkan negara dalam kejadian amuk di Chow Kit pada 11 Oktober 1987 meninggal dunia tengahari tadi di Hospital Besar, Pulau Pinang. pic.twitter.com/kMgkfW7NLa — Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) March 30, 2021
0 views0 comments