• Jonathan Shiek

Pramugari UAE Berdiri Di Puncak Bangunan Tertinggi Di Dunia

Pernah ke korang terfikir ingin berdiri di puncak bangunan tertinggi di dunia ? kalau orang yang mudah takut dengan ketinggian, semestinya akan terus jatuh pengsan dengan melihat ketinggian tersebut. Tapi terdapat seorang pramugari yang tanpa rasa gentar langsung, mampu berdiri dengan gagah  di atas puncak bangunan tertinggi di dunia itu.

Wanita tersebut merupakan pramugari Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mempromosikan syarikat penerbangan Emirates Airlines sambil sempat mengukir senyuman dengan berdiri di atas platform kecil puncak menara Burj Khalifa yang setinggi 829.6 meter di Dubai. 

Sebenarnya wanita tersebut merupakan penerjun payung terjun (skydiver) dan personaliti media sosial, Nicole Smith-Ludvik sambil memegang beberapa plakad tertera ‘UAE dimasukkan dalam senarai hijau UK membuatkan kami berasa seperti berada di puncak dunia.

Perjalanan ke Dubai bagi rakyat Britain ditangguhkan sejak awal tahun ini namun ia telah disambungkan semula selepas Pejabat Luar UK mengeluarkan UAE daripada senarai merah dan memasukkan negara itu ke senarai hijau pada Ahad lalu. Pengunjung yang sudah menerima vaksin COVID-19 secara lengkap tidak perlu menjalani kuarantin selepas pulang bercuti dari UAE. 

Mungkin ramai terfikir adakah betul wanita tersebut berdiri di atas platform bangunan tertinggi itu ? ya, ia sememangnya benar dan ini bukanlah layar hijau. Emirates Airlines turut berkongsi promosi itu dan dirakam menggunakan dron. Anda boleh melihat video sebalik tabir dari Emirates Airlines di bawah ini.




Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments