• Jonathan Shiek

Popcorn Disangka ‘Earpod’, Telatah Jamie Lee Curtis Buat Orang Ketawa!

Pelakon Hollywood terkenal yang sinonim dengan filem ‘Freaky Friday’, Jamie Lee Curtis berkongsi sesuatu yang buatkan peminatnya tidak kering gusi!

Menerusi hantaran di Instagram beliau, Jamie Lee mencuit hati peminatnya apabila memasukkan bertih jagung ke telinga, disangkakan ‘earpod’.

“Jadi, saya nampaknya benar-benar hanyut dengan tempoh ‘berkurung’ ini.

“Saya masukkan ‘earpod’ ke dalam telinga dan kemudian, saya keliru kenapa saya tak dengar apa-apa bunyi,” tulisnya.

Status yang menerima lebih ratusan ribu ‘likes’ itu ternyata mendapat reaksi pelbagai daripada peminatnya namun yang jelas, kebanyakannya terhibur dengan insiden itu.


View this post on Instagram

A post shared by Jamie Lee Curtis (@curtisleejamie)


Insiden itu kelihatan lebih kelakar selepas pelakon itu turut menunjukkan bertih jagung yang disumbat ke telinganya.

Elok pula saiz popcorn itu, betul ngam-ngam dengan telinga!

#jamieleecurtis #popcorn

0 views0 comments