• shafika9

Polis Trafik Disyaki Mabuk Dan Bawa Kereta Melawan Arus

Updated: Oct 4, 2021

Kejadian di Johor Bahru, seorang anggota polis trafik, 25 tahun ditahan pada jam 12.30 pagi atas kesalahan memandu secara melawan arus selain disyaki berada di bawah pengaruh alkohol. 

Menurut dari Harian Metro, ini telah disahkan oleh Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, selepas menerima laporan mengenai Perodua Axia yang dipandu secara melawan arus di Jalan Lingkaran Dalam. 




“Mendapati anggota terbabit tidak bertugas pada hari berkenaan selain menggunakan kereta tersebut sebagai kenderaan persendirian”.Tambahnya lagi, “kami tak berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk anggota serta pegawai yang melanggar undang-undang,”kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob. 

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 45A APJ 1987.

Sumber artikel asal dari myMetro

0 views0 comments