• Jonathan Shiek

Polis Saman Polis Kerana Menggunakan Nombor Plat ‘Fancy’

Polis saman polis? Adalah perkara yang jarang didengar sekali. Semestinya, ia banyak menimbulkan pelbagai reaksi kepada orang ramai lebih-lebih lagi di bahagian pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR).

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah telah melakukan pemeriksaan mengejut di pintu masuk Ibu Pejabat Kontinjen Kedah pada pagi semalam.


Antara pemeriksaan yang dilakukan seperti pemeriksaan dokumen sulit, kenderaan dan pas keselamatan. Terdapat juga anggota kakitangan awam PDRM Kontigen Kedah telah disaman kerana menggunakan nombor plat ‘fancy’. 

Seperti dilihat disini, pihak polis tiada sikap ‘pilih kasih’ dan mendenda sesiapa sahaja yang melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Pastikan korang juga turut mematuhi undang-undang di luar sana yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments