• shafika9

Polis Masih Lagi Dalam Proses Untuk Bawa Pulang Nur Sajat

Kini Sajat masih dalam buruan pihak polis

Kredit foto: Mk News


Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini masih dalam proses permohonan bagi membawa pulang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat yang telah ditahan di Thailand pada 8 September yang lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, permohonan itu akan dibuat dalam tempoh masa yang terdekat.


“PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan provokasi yang boleh mengganggu siasatan polis. Malah, menyeru orang ramai tidak berkongsi sebarang maklumat salah berkaitan isu ini,” katanya dalam satu kenyataan.


Pada sebelum ini, media melaporkan usahawan itu telah ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan seperti wanita ketika serbuan pihak imigresen. Nur Sajat 9 September lalu didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara terbabit namun dia dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$ 2,000 (RM 8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.


Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 Februari lalu, telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


4 views0 comments