• Jonathan Shiek

Pokok Warisan Melaka Yang Berusia Lebih 120 Tahun Kini Tiada Lagi

Pokok ikonik Melaka atau nama saintifiknya ‘Peltophorum Pterocarpum’ berusia 127 tahun dan yang selalu menjadi tempat lokasi bergambar pelancong di hadapan Bangunan Merah Stadthuys, Bandar Hilir, dan kini tumbang dalam kejadian angin kencang awal pagi Rabu.

Pokok tersebut dipercayai ditanam semasa penjajahan British pada tahun 1824 lalu. Pengurus Besar perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Dr Mohd Nasruddin Rahman berkata, faktor persekitaran mungkin menjadi punca pokok berkenaan tumbang. Pihak Majlis Bnadaraya Melaka Bersejarah (MBMB) edang melakukan pembersihan di kawasan terbabit yang juga Bandar Warisan Dunia UNESCO.

Pokok berkenaan telah diwartakan di bawah Majlis MBMB supaya tak ditebang dan hanya untuk dipelihara dari segi landskap sahaja. Mengikut dari sumber kajian, ia berkemungkinan dari trafik sekitar yang menjadi punca akar-akar pokok peninggalan sejarah menjadi lemah dan reput disebabkan gegaran persekitaran.

Menurutnya lagi, keadaan cuaca hujan lebat berkelajuan angin 6 kilometer sejam , menyebabkan sebatang pokok Batai Laut yang berusia lebih 100 tahun berketinggian 18 meter dan diameter hampir 1.5 meter itu tumbang. Kini tiada lagi pokok bersejarah di Bandar Hilir, Melaka selepas ini.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments