• Syaziyah Md Sharif

Pokok Keladi 'Emas 916' Boleh Cecah Harga Ratusan Ribu Sepokok!

Macam harga emas betul ya!

Kredit Foto: Facebook Min's Garden

Trend serta kegilaan masyarakat kita menanam pokok keladi sebagai perhiasan ternyata sesuatu yang boleh menjadi sangat menguntungkan apabila harga pokok tersebut mampu mencecah RM100,000 hingga RM200,000 sepokok.


Harga luar biasa itu merupakan untuk pokok keladi jenis Alocasia New Guinea Gold yang kini semakin mendapat perhatian peminatnya.


Ia digelar keladi Emas 916 kerana ciri fizikalnya yang mempunyai warna kuning keemasan.


Menurut laporan BH Online, peniaga, Abdul Halim Yusuf, 35, berkata, harga ratusan ribu keladi dinilai berdasarkan kesenian yang ada pada keladi itu daripada segi bentuk ubi, lenggok dahan daun, warna yang lebih menyerlah, corak daun dan saiz keladi.


Katanya, kebiasaannya keladi yang bernilai tinggi mencecah usia 30 hingga 40 tahun dan ia sebenarnya tiada had, semakin besar keladi, harga semakin tinggi.


"Kenapa harga keladi ini mahal sebab apabila ubi keladi ini besar, dia boleh hasilkan anak-anak yang banyak, sehingga satu induk boleh hasilkan 2,000 anak pokok, jadi apabila dijual semula dapat pulangan pelaburan yang lumayan," katanya kepada BH Online.


Dia juga turut berkata, lebih membanggakan, nilai tinggi itu mengangkat martabat keladi tempatan yang bersaing dengan keladi pelbagai jenis daripada luar negara seperti Topeng Firaun (Pharoah Mask), Mickey Way, Black Lava, Mojito dan Cat Tumpah daripada negara jiran.


Katanya, Keladi Emas 916 boleh mencecah ketinggian sehingga dua meter dan ke atas sekiranya dijaga dengan baik.




Sumber: BH Online

12 views0 comments