• Syaziyah Md Sharif

PM Ucap Tahniah Kepada Maryam

Maryam yang baru sahaja berusia 11 tahun telah merangkul anugerah di persada antarabangsa


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada Maryam Muzamir selepas kanak-kanak berusia 11 tahun itu berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.


Maryam mengejutkan rakyat Malaysia apabila berjaya merangkul tiga pingat emas menerusi pertandingan The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) 2021 yang dijalankan di Toronto, Kanada.


Perdana Menteri berkata, adik Maryam telah mengharumkan nama Malaysia melalui inovasi makanan haiwan yang diperbuat daripada siput sedut dan juga kulit udang.


“Ia merupakan pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara malah adik Maryam turut mendapat perhatian dunia melalui siaran televisyen terkemuka, The Late Late Show with James Corden,” katanya hari ini.





Lebih membanggakan, Maryam bukan sahaja mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, tetapi dia juga menjadi pemenang termuda dalam pertandingan tersebut.


“Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian adik Maryam dan saya mendoakan adik Maryam terus menempa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,” katanya.




Sumber: Kosmo!

9 views0 comments