• Jonathan Shiek

PM Lanjutkan Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Sehingga Disember 2021

Pada Disember tahun lalu pihak kerajaan telah melanjutkan pengecualian cukai jualan ini yang melibatkan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan model diimport sepenuhnya (CBU) untuk tempoh enam bulan sehingga 30 Jun 2021.

Kini Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa pengecualian cukai jualan telah dilanjutkan sehingga akhir tahun ini bagi membantu dan menaikkan semula industri automotif yang terkesan akibat wabak pandemik COVID-19 sejak tahun lagi.

Lanjutan pengecualian cukai ini salah satu langkah untuk merangsang jualan kenderaan di Malaysia , sekali gus meningkatkan semula ekonomi negara.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments