• Jonathan Shiek

PM Dan Timbalan Menteri Tiada Gaji Untuk 3 Bulan

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bahawa beliau dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil selama gaji selama tiga bulan mulai Jun ini. Menurut Perdana Menteri, gaji yang tak diambil akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.

“Sepertimana yang telah diamalkan semasa PKP pertama tahun lalu, saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan Menteri dan Timbalan Menteri dengan tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun 2021 ini,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri: Bantuan PKP 3.0.

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments