• shafika9

PM Akan Jadi Individu Pertama Menerima Suntikan Vaksin Di Malaysia

Updated: Sep 29, 2021

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan menjadi individu pertama untuk menerima suntikan vaksin. Jelas beliau langkah ini untuk meyakinkan rakyat bahawa penggunaan vaksin yang diperoleh adalah selamat dan berkesan digunakan.

Diikuti oleh para barisan petugas (frontliners) sebelum diberikan kepada kumpulan sasar iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, kerana peluang penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit saluran pernafasan kronik.

“Kerajaan menjangkakan bekalan pertama sejuta dos vaksin dari Pfizer akan diterima dan mula diberikan kepada kumpulan sasar seawal Februari 2021,” katanya semasa perutusan khas mengenai vaksin COVID-19 yang dibuat secara maya pada hari semalam.

Ini klip pendek bagi sedutan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19




Sumber artikel asal dari Astro Awani

1 view0 comments