- shafika9
PKPB Di Selangor & KL Bersambung Sehingga 14 Januari 2021
Updated: Oct 8, 2021
Baru-baru ini, peningkatan kes COVID-19 di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur naik secara ketara dalam kes-kes harian. Malah, beberapa di kawasan Lembah Klang masih lagi ada kawasan zon merah.
Pada sidang media hari ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umumkan PKPB atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur akan disambungkan sehingga 14 Januari 2021.
Ini disebabkan tiada penurunan kes di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. PKPB terpaksa dilanjutkan lagi kecuali bagi daerah Sabak bernam dan Hulu Selangor.