• Jonathan Shiek

PKP 3.0 Menyebabkan Malaysia Kerugian RM 1 Bilion Sehari – Muhyiddin

Hampir 2 minggu lebih Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) telah pun dilaksanakan dan menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerajaan telah mengalami kerugian sebanyak RM 1 bilion setiap hari sepanjang PKP 3.0 ini.

Semasa Rancangan Pemulihan Nasional pada hari kelmarin, Muhyiddin berkata keputusan melaksanakan PKP 3.0 bukanlah sesuatu yang mudah akan tetapi Malaysia dilanda krisis COVID-19 dengan lebih cepat demi kesihatan dan kelangsungan hidup semua orang.

Melalui bantuan pakej ransangan ekonomi dan bantuan kewangan Pemerkasa Plus bernilai RM 40 bilion dengan suntikan fiskal RM 5 bilion diumumkan kelmarin. Muhyiddin berharap bantuan kewangan ini serba sedikit dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh setiap rakyat Malaysia.

Sumber artikel asal dari VOCKET 

0 views0 comments