• Jonathan Shiek

PKP 2.0: Pelajar Kini Dibenarkan Berambut Panjang Untuk Masuk Ke Sekolah – Ismail Sabri

Para pelajar kini dah boleh menarik nafas lega, apabila kerajaan mengumumkan dengan membenarkan para pelajar masuk ke sekolah dengan imej berkenaan mulai 20 Januari ini.


Sumber: Oh Bulan!

Menurut dari laporan Berita Harian, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, memberikan kelonggaran kepada pelajar sekolah dan hal ini telah pun dipersetujui oleh pihak Kementerian Pendidikan hasil mesyuarat diadakan baru-baru ini.

“Walaupun ada pelajar yang berambut panjang, mereka dibenarkan masuk seperti biasa tanpa dikenakan tindakan oleh guru disiplin,” katanya.

Ada juga yang mempersoalkan bagaimana calon SPM dan STPM mahu menduduki peperiksaan jika berambut panjang? Ini salah satu sebab peraturan di sekolah, pelajar seharusnya berambut pendek dan kemas sepanjang masa.

Bagaimana pendapat korang? Adakah bagus sekiranya pelajar berambut panjang? Berikan pendapat korang di ruangan bawah.

Sumber artikel asal dari Berita Harian

#SabriIsmail

0 views0 comments