• Jonathan Shiek

PKP 2.0: Maybank Menutup Sementara 69 Cawangan Seluruh Negara

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, terdapat banyak perniagaan dan kedai menutup atau menghentikan operasi sementara, dan itu termasuklah Maybank.

Menurut pengumuman di laman web mereka, terdapat sekitar 69 cawangan Maybank ditutup sementara untuk membendung penyebaran wabak Covid-19.

Menerusi akaun Twitter Maybank, penutupan sementara adalah untuk memastikan bahawa pelanggan dan pekerja tetap selamat dalam masa-masa sukar ini.

Didalam kenyataan di Twitter itu juga, Maybank telahpun menyenaraikan cawangan-cawangan yang akan ditutup sementara waktu mengikut negeri.

#MBBAlert (1/3) In light of the MCO, we are temporarily revising our branch operating hours while some branches will not be operational, from 14 Jan 2021. This is to ensure our customers’ and employees’ safety. To view the list of our operating branches: https://t.co/eCBncqH3v5 — Maybank (@MyMaybank) January 14, 2021

Selain itu, waktu operasi pejabat Maybank juga dipendekkan seperti berikut;

Zon Merah & Negeri yang dikuatkuasakan PKP: 9.30 pagi – 2.00 petang Zon kuning: 9.30 pagi – 3.00 petang Zon hijau: 9.30 pagi – 4.00 petang

0 views0 comments