• Jonathan Shiek

PKP 2.0: Che Nom Trending Lagi!

YouTuber terkenal Che Nom yang sinonim dengan resipi-resipi yang menyelerkan dan mudah sambil bertutur kata dengan lemah lembut sewaktu memasak, kembali trending di media sosial di hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua.

Personaliti media sosial tempatan yang popular dengan intro ‘hai semua’ itu sebelum ini menjadi pilihan tontonan netizen di platform YouTube sewaktu PKP pertama kali yang dilaksanakan Mac tahun lalu.

Di Twitter, Che Nom atau nama sebenarnya Normah Bakar, 39, kembali menjadi salah satu carian tertinggi dengan lebih daripada 10,400 tweet mengenainya.

Rata-rata pengguna Twitter sudah pun memulakan sesi masak-memasak dirumah!

Tambahan pula, ketika viral mengenai ‘trademark’ sebuah keluarga selebriti semalam, Che Nom juga mengeluarkan kenyataan yang membuatkan netizen lebih suka pada Che Nom;

Siapa nak guna resepi Che Nom buat meniaga, guna lah… Tak perlu minta halal minta izin pun.Takda trademark. InsyaAllah sama2 kita cari rezeki. — Che Nom (@realCheNom) January 13, 2021

Terima kasih Che Nom !

0 views0 comments