• Jonathan Shiek

Piza Terbaharu Dari Pizza Hut Ditabur Boba Dan Marshmallow…Potong Kaki Beb!

Terbaharu Dari Seberang Laut: 

Ia diberi gelaran ‘Bubble Tea Blossom Pizza’ dan ditaburkan dengan butiran boba dan marshmallow, dihiasi dengan keju mozzarella dan sos gula merah.

Imej: Pizza Hut Singapore.


Jenis pizza inilah yang akan membuat setiap anak berusia 10 tahun (dan ke bawah) menjerit, “MAKKKK, saya dah makan sarapan, makan tengah hari dan makan malam!”

Ketua Pemasaran dan Inovasi Makanan Pizza Hut Singapura, Jayss Rajoo berkata, pasukan itu memikirkan beberapa cara untuk membuat pizza.

“Kami tahu bahawa pizza adalah kegemaran keluarga Singapura; jadi, kami fikir, mengapa tidak menggabungkannya dengan cinta Singapura yang hebat – teh boba?” katanya dalam satu kenyataan.

Keunikan piza ini bermula dari bentuknya yang luar biasa: Ia berbentuk bunga.

Namun, menurut banyak ulasan dalam talian, nampaknya lebih mudah memotong pizza menjadi bahagian yang sama.

Edisi terhad oleh Pizza Hut ini hanya terdapat di 67 gerai di Singapura sehingga 30 Mac 2021. Maaf, seluruh Asia Tenggara, kita kena tunggu.

0 views0 comments