Syaziyah Md Sharif
Pil Antivirus Ciptaan Pfizer Beri Respon Yang Positif
Rawatan pil berkenaan dikenali sebagai Paxlovid

Menurut Pusat Penyakit Berjangkit Nasional Singapura (NCID), data awal bagi pil antivirus baru Pfizer menunjukkan tanda-tanda yang menggalakkan.
Agensi itu juga sedang menantikan data lebih lanjut sebelum menimbangkan kegunaannya untuk pesakit COVID-19.
Data awal menunjukkan ubat itu mampu mengurangkan sebanyak 89 peratus kemungkinan dimasukkan hospital atau kematian dalam kalangan dewasa yang berisiko mengalami penyakit teruk, kata Pfizer pada 5 November lalu.
Golongan itu termasuk mereka yang mempunyai gejala sederhana dalam masa tempoh lima hari dan berisiko menghadapi penyakit teruk seperti penyakit paru-paru kronik, tekanan darah tinggi atau kencing manis.
Rawatan pil dikenali sebagai Paxlovid, menggabungkan ubat baru Pfizer dengan ubat antivirus lama, dikenali sebagai ritonavir.
Sumber: BH Online