• Jonathan Shiek

Pihak JPJ Kini Memasang Kamera Bagi Merakam Kesalahan Pengguna

Baru-baru ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah memperkenalkan inisiatif baharu bagi memastikan tahap keselamatan serta pematuhan undang-undang pengguna jalan raya dapat dipertingkatkan. Antara kaedah yang digunakan ialah memasang alat perakam video mudah alih berteknologi tinggi bagi merakam kesalahan pengguna di jalan raya.

Alat berkenaan akan diletakkan pada bahagian atas topi keledar anggota JPJ supaya pihak tersebut dapat merakam apa-apa kesalahan yang dibuat oleh pengguna jalan raya. Difahamkan juga, video berkenaan akan dihantar secara langsung kepada JPJ sebelum urusan saman dibuat bagi pesalah jalan raya. 

Ada juga netizen memuat naikkan sebuah video pendek yang berdurasi satu minit 40 saat do laman media sosial, dimana dalam video berkenaan terdapat beberapa pengguna jalan raya telah disaman oleh anggota JPJ berikutan tak memakai topi keledar serta tak mempamerkan nombor pendaftaran bagi kenderaan tersebut.

Sila patuhi peraturan jalanraya. Abang JPJ sudah guna kaedah baru. Surat saman akan sampai ke rumah. pic.twitter.com/wpCygcIHjH — Pakcik 2 #RakyatJagaRakyat (@JalalMisai_2) February 17, 2021

Jadi, korang beringat lah sebelum dah terkena nanti. Pastikan mematuhi setiap peraturan jalan raya, supaya tak dikena saman.

Sumber artikel asal dari VOCKET

1 view0 comments