• Syaziyah Md Sharif

Pian Cecupak Meninggal Dunia

Salam Takziah

Kredit Foto: MalaysiaGazette

Pelawak dan pengacara Pian Cecupak telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas terjatuh di bilik air di kediaman ibunya di Pangsapuri Sentul Murni, Taman Dato Senu, Sentul, Kuala Lumpur.


Dalam laporan Kosmo! adik kepada Allahyarham yang bernama Hassenah, abangnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ibunya di dalam bilik air sekitar pukul 8 malam tadi.


“Punca kematiannya belum diketahui. Sepatutnya abang ada tawaran persembahan esok, tetapi kami tidak pasti dimana.


“Proses pengebumian juga belum dapat dipastikan di mana buat masa ini dan hanya akan diketahui esok. Buat masa jenazahnya masih di rumah emak dan selepas ini akan ditempatkan di surau di sini,” katanya.


Sebelum ini, Allahyarham Pian atau nama sebenarnya Mohd. Rafik Abdul Rahman, 52, pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), selepas mengalami kesukaran bernafas pada Oktober 2018.


Selepas dirawat di hospital doktor mengesahkan arwah mengalami serangan jantung kerana masalah jantung tersumbat.




Sumber: Kosmo!

14 views0 comments