• Jonathan Shiek

Pfizer Dakwa Vaksin Keluarannya Berkesan Terhadap Golongan Remaja

Pengeluar vaksin COVID-19, Pfizer-BiNTech mendakwa bahawa vaksin memberi keberkesanan 100 peratus terhadap remaja 12 hingga 15 tahun. Syarikat berkenaan juga mensasarkan untuk memberi suntikan kepada golongan remaja sebelum sesi persekolahan bermula pada tahun hadapan.

Bagi percubaan fasa ketiga yang dilakukan terhadap 2,260 remaja di Amerika Syarikat menunjukkan pada 100 peratus berkesan dan membentuk tindak balas antibodi yang kuat. Negara Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah meluluskan penggunaan untuk golongan dewasa yang berumur 16 tahun ke atas. 

Pfizer-BiNTech telah diagihkan lebih 65 buah negara di seluruh dunia dan digunakan kepada jutaan individu. Pengeluar vaksin berkenaan turut melakukan kajian suntikan kepada kanak-kanak dengan kumpulan pertama kanak-kanak linkungan umur lima hingga 11 tahun. 

Manakala, kumpulan setersunya akan diberikan dua hingga lima tahun dijangka akan diberikan dos pertama pada minggu hadapan. Bagi linkungan umur bayi yang berusia enam bulan masih dalam proses kajian lagi.

Sumber artikel asal dari Astro Awani

1 view0 comments