• shafika9

Pesawat Yang Terbesar Di Dunia Menyerupai ‘Punggung’ Bakal Bawa Penumpang Menjelang 2025

Makin lama, makin pelik rekaan pesawat ya ?

Kredit foto: Reddit


Terdapat sebuah kapal udara yang merupakan pesawat terbesar di dunia dijadualkan mula membawa penumpang pada tahun 2025. Pesawat ini diberi nama Airlander 10 yang amat mirip dengan bentuk ‘punggung’ kerana menyerupai punggung manusia. Airlander 10 sepanjang 97.5 meter terhempas pada 2017, industri penerbangan tertanya-tanya sama ada pesawat ini akan kembali beroperasi.


Syarikat tersebut menjangkakan mempunyai tiga buah pesawat itu yang sedia untuk terbang sebelum 2023 dan membawa penumpang Airlander menjelang 2025. Penumpang akan menikmati pengalaman menaiki pesawat yang berbeza berbanding kapal terbang biasa. Bagi penumpang Airliner akan merasai pengalaman seperti berada di dalam sebuah restoran terbang.

Airlander 10 tidak sesuai untuk mereka yang mengejar masa memandangkan ia hanya terbang pada kelajuan 128.7 kilometer sejam berbanding pesawat biasa yang terbang selaju 804 kilometer sejam.


Sumber artikel asal dari Kosmo!

33 views0 comments