• Jonathan Shiek

Pesawat Tentera Mexico Terhempas, Disahkan 6 Orang Maut

Kejadian yang berlaku pada Ahad semalam, terdapat enam anggota tentera maut dalam nahas pesawat yang dinaiki terhempas ketika berlepas di Timur Mexico. Pesawat tentera udara LearJet 45 terhempas kira-kira jam 3.45 petang waktu tempatan selepas berlepas dari Emiliano Zapata di Veracruz menurut dari sekretariat pertahanan. 

Sekretariat suruhanjaya siasatan kemalangan akan bekerjasama dengan tentera dan tentera udara untuk “melaksanakan laporan pakar yang bersesuaian untuk menentukan kemungkinan penyebab kemalangan,” katanya dalam kenyataan itu. Selebihnya, tiada maklumat lanjut berhubung berkenaan identiti anggota tentera atau mengapa mereka berada dalam penerbangan itu. 

Sumber artikel asal dari MyMetro

0 views0 comments