• shafika9

Pesawat Israel Buat Pertama Kali Mendarat Di Arab Saudi

Jangan pula pesawat Israel mendarat di Malaysia, memang cari nahas

Kredit foto: Utusan Malaysia


Baru-baru ini, sebuah pesawat dari israel dilaporkan telah mendarat di Riyadh, Arab Saudi buat pertama kali pada hari semalam. Berita ini menyusul selepas sebuah pesawat dari Arab Saudi, juga buat pertama kali, mendarat di Tel Aviv, sehari sebelumnya.


Pesawat dari ISrael yang mendarat di Riyadh dikatakan adalah jenis pesawat peribadi. Walaupun tidak ada penerbangan komersial yang menghubungkan antara Arab Saudi dan Israel, melalui pendaratan pesawat menjadi bukti meningkatnya hubungan kedua-dua negara terbabit.


Israel dan Arab Saudi telah membuka ruang udara mereka untuk saling dilalui sejak tahun lalu. Beberapa negara Asia termasuk Malaysia juga tidak memiliki sebarang hubungan diplomatik dengan rejim Israel ekoran konflik di Palestin. Namun, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sudah menormalisasi hubungan dengan Tel Aviv.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


5 views0 comments