• Jonathan Shiek

Pesakit Covid-19 Bersilat Untuk Mengelak Masuk Hospital

Seorang pesakit Covid-19 di Indonesia cuba membuka langkah silat bagi menghalang petugas kesihatan yang memintanya masuk semula ke dalam hospital.

Menurut laporan Merdeka.com semalam, rakaman sistem litar televisyen tertutup (CCTV)menunjukkan pesakit dari Hospital Sumedang, Jawa Barat menjadi tular kerana bersilat bagi mengelak dimasukkan ke hospital.

Begitu pun, ketika seorang jururawat sedang membaiki alat perubatan yang ada di situ, pesakit tersebut tiba-tiba bangun daripada katilnya dan berlari keluar wad.

Situasi bertukar panik dan beberapa petugas hospital mula mengejar pesakit itu dalam usaha menghalangnya daripada melarikan diri.

Dia kemudian mengamuk dan mula bersilat di hadapan petugas hospital.

Dia juga dilihat memukul petugas hospital dan menghalau mereka yang cuba menghalangnya.

Berdasarkan maklumat orang awam, dimaklumkan bahawa pesakit itu kemudiannya berjaya dipujuk dan dibawa kembali ke wadnya.


View this post on Instagram

A post shared by Andre Li (@andreli48)


0 views0 comments