• Jonathan Shiek

Perubahan Imej Penampilan Lee Dong Wook Yang Lebih ‘Feminin’

Siapa yang tak mengenali pelakon terkenal dari Korea Selatan ini iaitu Lee Dong Wook. Beliau kini menampilkan imej yang segar dan baru dengan berambut panjang. Ini memberikan kejutan kepada peminatnya selepas muncul dengan imej sedemikian. 

Dong Wook yang berkongsi gambar berkenaan di ruangan Instagramnya dan memberitahu imej baharu yang digayakannya adalah untuk sebuah jenama mewah dari antarabangsa. Rata-rata peminat terkejut dengan perubahan imej beliau dan menyifatkan penampilan terkini sebagai terlalu ‘feminin’.


View this post on Instagram

A post shared by 이동욱 (Official_Instagram) (@leedongwook_official)


Kebanyakkan yang komen di ruangan milik Instagramnya menyangkakan bahawa dalam gambar berkenaan adalah seorang wanita yang cantik. Sedangkan itu adalah aktor Lee Dong Wook sendiri yang mengayakan imej yang berbeza dari sebelum ini.

Terdahulu, Dong Wook pernah muncul dengan imej seperti ini pada tahun 2019 sebagai wajah muka hadapan sebuah majalah terkenal di Korea Selatan. Bagaimana korang dengan penampilan terbaru dari Lee Dong Wook ini ? suka atau tidak ? Sila share kan pendapat anda di ruangan komen dibawah ya.

Sumber : GQ Korea

1 view0 comments