• Syaziyah Md Sharif

Pertandingan Ratu Cantik Warga Emas, 'Trend' Terbaru Industri Fesyen

Usia bukan penghalang okay!

Kredit Foto: Global Times

Pertandingan peringkat awal 2021 Beijing Senior Model Contest telah diadakan di Beijing pada hujung minggu lalu.


Pertandingan tersebut dimulakan dengan pentas peragaan dimana kesemua peserta perlu melakukan pertunjukkan fesyen dan kemudiannya 12 peserta terbaik akan dipilih untuk pentas akhir.


Juri, Chen Juanhong berkata walaupun terdapat jurang antara pertandingan model senior dan profesional, mereka akan diadili melalui ketahanan mental, gaya hidup sihat dan pemahaman mereka tentang fesyen.


Netizen berkata, aktiviti sebegini perlu diadakan lebih kerap bagi memperkayakan kehidupan warga emas. Salah seorang peserta berusia 82 tahun dan ini merupakan kali keenam beliau menyertai pertandingan itu.


Seorang peserta memberitahu media bahawa,"Kami tidak lagi muda namun kami tidak perlu hanya terus berada di rumah tanpa sebarang aktiviti"





Sumber: Global Times

17 views0 comments