• Jonathan Shiek

Pertandingan Miss Universe 2021 Bakal Diadakan Di Israel, Ramai Yang Bengang!

Beberapa hari lepas portal rasmi Miss Universe mengumumkan pertandingan ratu cantik tahunan itu bakal diadakan di Eilat, Israel pada bulan Disember ini.


View this post on Instagram

A post shared by Miss Universe (@missuniverse)


Jelas sekali pengumuman itu membuatkan ramai netizen tidak puas hati kerana konflik Israel dan Palestin masih belum berakhir dan lebih menambahkan kemarahan, terdapat beberapa buah negara termasuk Malaysia dilarang sama sekali untuk memasuki negara tersebut. Jadi, adakah kita akan dapat lihat persaingan yang sihat?

Selain itu, Miss Universe 2020 yang dimenangi oleh ratu cantik dari Mexico, Andrea Meza hanya memegang takhta itu selama tujuh bulan sahaja.

Hashtag #BoycottMissUniverse telah mula digunakan di media sosial, dan ramai netizen di Timur Tengah, serta Amerika Syarikat dan Indonesia, telah bersetuju dengan boikot tersebut, sebagai solidariti kepada rakyat Palestin yang sedang menderita dengan pengeboman dan pembunuhan penduduk Palestin yang berterusan, Israel pasti melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin dan juga pelanggaran hak asasi manusia yang lain.

Apalah nasib ratu cantik kita kan?

#BoycottMissUniverse #israel #missuniverse2021

0 views0 comments