• Syaziyah Md Sharif

Perompak Ditangkap Dan Diconteng Muka Seperti 'Joker'

Adakah 'Batman' yang menangkap mereka ini?

Kredit Foto: Daily Maik UK

Bandar Rio Bravo, Mexico digemparkan dengan kejadian dua orang pencuri yang diikat pada tiang lampu di tepi jalan dengan muka yang dicat seperti penjahat dalam filem Batman, ‘Joker’.


Menurut Daily Mail UK, seorang lelaki dan wanita yang wajahnya dicat seperti wajah Joker ditangkap kerana mencuri dompet seorang pejalan kaki pada hujung minggu lalu dan kedua-dua suspek terpaksa berdiri pada sisi bertentangan sebuah tiang lampu di persimpangan jalan serta diikat dengan pita pelekat di Rio Bravo.


Kedua-dua suspek turut ditulis dengan perkataan ‘saya pencuri’ pada wajah mereka, selain suspek lelaki ditinggalkan dalam keadaan tidak berbaju dan seluarnya dipotong.


Bagaimanapun, suspek wanita yang dikenali sebagai Luz Magaly sempat membebaskan dirinya serta rakannya sebelum berjaya ditangkap polis.


Sementara itu, dalam kejadian berasingan pada hujung minggu lalu, muka empat pemuda telah dilukis seperti ‘Joker’ selepas ditangkap cuba merompak pelanggan yang menaiki van pengangkutan awam di bandar itu.


Tangan mereka diikat dengan pita pelekat dan dipaksa berarak tanpa berbaju di sepanjang jalan utama.




Sumber: Daily Mail UK

8 views0 comments