• Jonathan Shiek

Permohonan Bagi Kemudahan i-Sinar Diberikan Kelulusan Bermula 8 Mac 2021

Pasti ramai yang telah mendapat bayaran i-Sinar yang telah dipohon sejak hujung tahun lalu. Pun begitu, ada juga permohonan yang tidak diluluskan sebelum ini atas sebab-sebab tertentu.

Tak perlu risau lagi dah! Permohonan tanpa kriteria bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac ini.



Permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac 2021. Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Posted by Kementerian Kewangan Malaysia on Wednesday, February 24, 2021

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, kemudahan kelulusan itu juga memperlihatkan tiada lagi bayaran interim bermula dari tarikh tersebut.

Apa yang penting, anda merupakan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), belum mencapai umur 55 tahun dan mempunyai baki akaun (minimum RM150.00).

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03-89224848.

Bagi pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my

0 views0 comments