• Syaziyah Md Sharif

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Akan Berakhir Bulan Ini

Updated: Sep 21, 2021

Dalam sebuah tweet oleh @KitaPalaBataih, beliau menyatakan perkhidmatan feri yang sinonim dengan Pulau Pinang, bakal berhenti beroperasi. 

Perkhimatan Feri Akan Berakhir, banyak kenangan 😢😢😢😢 Utk makluman semua..bulan ni bulan terakhir feri pulau pinang akan beroperasi dan mulai tahun hadapan akan gantikan dengan feri laju seperti ke yang digunakan di Pulau Langkawi … Kenangan lalu pasti dirindui pic.twitter.com/6ZRNe1UipC — KepalaBatasKita 🇲🇾 (@KitaPalaBataih) December 13, 2020

Rapid Ferry (dahulu dikenali sebagai Perkhidmatan Feri Pulau Pinang) merupakan perkhidmatan feri tertua di Malaysia. Perkhidmatan feri terkenal ini dihubungkan antara terminal feri Pulau Pinang di Butterworth ke terminal feri Raja Tun Uda di Pelabuhan Quay di George Town di Pulau Pinang.

Pengunjung Pulau Pinang mesti pernah mencuba menaiki feri ini, di dalam tweet yang sama, beliau juga menyatakan perkhidmatan feri ini akan digantikan dengan feri laju seperti yang digunakan di Pulau Langkawi.

Anda ada kenangan dengan perkhidmatan feri ini? Kongsikan di ruangan komen. 

1 view0 comments