• Syaziyah Md Sharif

Perkataan 'Vax' Kini Diiktiraf Dalam Kamus Oxford 2021

Lebih mudah kan?

Kamus Inggeris Oxford mengiktiraf perkataan ‘vax’ sebagai perkataan tahunan disebabkan penggunaannya sebanyak 72 kali lebih kerap pada September tahun ini sejak tahun 2020.


Menerusi portal The Guardian, Presiden Bahasa Oxford, Casper Grathwohl berkata, ‘’vax’’ dilihat sebagai pilihan yang jelas setelah dibuktikan kebahasaannya.


“Lonjakan dramatik dalam penggunaan perkataan itu menarik perhatian kami terlebih dahulu.


‘’Selepas analisis, sebuah penceritaan mula muncul dengan mendedahkan bagaimana ‘’vax’’ menarik perhatian kami tahun ini,” katanya.


Secara spesifik, organisasi linguistik menjejaki perkembangan kosa kata Covid-19 menerusi penggunaan ‘’pemberian vaksin’’ pada Disember 2020 kepada ‘’pelancaran vaksin’’ dan ‘’passport vaksin’’ yang menjadi sebahagian leksikon global pada musim bunga yang lalu, lapor The Guardian.


Didapati ‘’vax’’ digunakan dengan lebih kerap merentasi pelbagai bahasa dalam pelbagai konteks yang lebih besar termasuk ‘’sepenuhnya divaksin’’ dan ‘’kad vaksin’’.


Dalam pada itu, penggunaan kata kata seperti ‘’Anti-vax’’ dan ‘’anti-vaxxers’’ turut meluas apabila kepercayaan kumpulan anti vaksin yang meningkat sejak pandemik.



Sumber: Kosmo!, The Guardian

10 views0 comments