• Syaziyah Md Sharif

Perkampungan Di India Bebas Tuala Wanita, Digantikan Dengan 'Menstrual Cup'

Ia merupakan usaha kerajaan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan wanita

Gambar Hiasan

Gabenor Kerala, Arif Mohammad Khan mengisytiharkan sebuah perkampungan di negeri itu menjadi kawasan pertama di India yang bebas daripada tuala wanita.


Menerusi laman berita Wion News, perkembangan itu berlaku sebagai sebahagian daripada kempen berterusan yang dijalankan di kampung Kumbalangi, bagi memastikan akses kepada kebersihan haid dalam kalangan remaja perempuan dan wanita muda.


Langkah tersebut juga diteruskan dengan mengedarkan lebih kurang 5,000 cawan haid (menstrual cup).


Ahli Dewan Rendah Parlimen India yang dikenali sebagai Lok Sabha, Hibi Eden menjalankan kempen itu dengan kerjasama Akademi Pengurusan HLL (HMA) dan syarikat minyak India.


Katanya, inisiatif tersebut dinamakan ‘Avalkayi’ yang bermaksud ‘untuknya (untuk wanita)’ dan Gabenor negeri Kerala turut mengisytiharkan kampung tersebut sebagai model pelancongan pertama di India.


Kempen itu turut dilaksanakan melalui sebuah program pembangunan kawasan pedalaman dinamakan Pradhan Mantri Sansad Adarsh ​​Gram Yojana (SAGY).




Sumber: Wion News

8 views0 comments