• shafika9

Pergaduhan Berlaku Kerana Ingin Memasuki Kedai ‘Squid Game’

Drama ‘Squid Game’ sememangnya fenomena ya sekarang ini

Kredit foto: Netflix France


Demam drama bersiri ‘Squid Game’ ini masih belum berakhir lagi sehingga ke hari ini. Terdapat satu pergaduhan tercetus disebabkan ramai terpaksa beratus dalam tempoh yang lama hanya untuk memasuki sebuah kedai ‘pop-up’ atau ruang runcit sementara yang bertemakan siri popular Netflix, Squid Game di Paris, Perancis.


Malah, pembukaan kedai ‘Squid Game’ ini, pelanggan mula memukul antara satu sama lain berkemungkinan ia bersesak-sesak untuk memasuki premis tersebut. Terdapat satu rakaman video yang mula tersebar orang ramai yang dilihat beratur panjang di hadapan premis seluas 65 meter yang baru dibuka sebelum pergaduhan mula tercetus pada Ahad lalu.

Kekecohan berlaku disebabkan salah seorang pengunjung secara tiba-tiba memukul pelanggan lain sehingga menyebabkan orang lain panik. Inside berkenaan berlaku di Rue d’Alexandrie ketika premis itu memasuki pembukaan hari kedua. Sehingga kini punca kekecohan tersebut belum dapat dikenal pasti.

Terdapat seorang pengguna aplikasi TikTok @clemxhlgn yang mendedahkan bahawa ia terpaksa beratus selama tujuh jam sebelum boleh memasuki premis ‘Squid Game’ tersebut. Siri Netflix ini telah mula ditayangkan pada 17 September yang lalu dan telah mencipta sejarah bagi saluran penstriman digital berbayar iaitu Netflix kerana berjaya mengungguli di tangga pertama hampir 90 negara pada masa kini.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


4 views0 comments