• Jonathan Shiek

Perang Laksa: Netizen Mendakwa Laksa Johor Mempunyai ‘Standard’ Lebih Tinggi

Sejak beberapa hari ini, media sosial kecoh dengan isu laksa.

Ya, laksa.


View this post on Instagram

A post shared by Highly Addictive {A’BARANG!} (@lakshami.my)


Difahamkan semuanya bermula apabila terdapat seorang pengguna Facebook berkongsi cara-cara memasak laksa Johor menggunakan ikan sardin.

Perkongsian beliau telah mendapat maklum balas positif sehinggalah terdapat sebuah komen yang menjadi perhatian netizen bukan sahaja dalam group berkenaan malah seluruh Malaysia.

Komen provokatif ini mengatakan laksa Johor patut menggunakan ikan parang atau tenggiri sahaja, dan bukannya ikan kembung atau selayang kerana ia setaraf dengan standard orang Utara dan Pantai Timur.

Sekaligus membuatkan para netizen kurang senang.

Komen yang dilemparkan secara tidak langsung membuatkan para netizen di Malaysia triggered sekaligus menerima pelbagai jawapan balas dalam membandingkan laksa Johor dengan laksa negeri-negeri yang lain.

Berikut merupakan antara komen netizen yang kurang senang dengan komen yang dilemparkan. Tidak kurang juga terdapat warga Johor yang kurang senang dengan komen wanita berkenaan.

185101004_1515173925319874_3019650955675524979_n

186472375_1515173945319872_8615388255417430289_n
184329318_10222929409335880_4546631383552142413_n

0 views0 comments