• Jonathan Shiek

‘Perak Man’ Yang Mahsyur Kini Mempunyai Wajah!

Korang ingat tak dalam buku teks Sejarah masa tingkatan satu dulu kita ada belajar mengenai Perak Man?

Ianya merupakan penemuan rangka manusia tertua berusia antara 10,000 hingga 11,000 tahun yang ditemukan 30 tahun lepas di Lembah Lenggong, Perak.

Perak Man, rangka manusia tertua berusia 11,000 tahun yang ditemukan 30 tahun lepas di Lembah Lenggong, Perak, kini mempunyai ‘wajah’ lakaran, yang siap pada 19 Jan lepas. pic.twitter.com/L0ugBrOlKw — BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) February 25, 2021

Sepasukan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) dan pakar grafik 3D dari Brazil, Cicero Moraes, telah menggunakan kaedah pembinaan semula maya 3D untuk membina semula ciri wajah Perak Man.

Johari yang mempunyai kepakaran dalam pencitraan kraniofasial dan rekonstruksi 3D serta analisis wajah dan tengkorak, mengatakan salinan tengkorak asli dibuat dengan menggunakan tomografi (CT) dan percetakan 3D.

Johari mengatakan sebelum membina semula wajah, Moraes memerlukan maklumat seperti jantina, umur dan keturunan untuk menghasilkan tisu muka berdasarkan ketebalan tisu rata-rata yang diukur semasa kajian sebelumnya.

Hebat kan?

#lenggong #perakman

0 views0 comments