• Syaziyah Md Sharif

Pepsi Lancarkan Kempen Eratkan Hubungan Bersama Yang Tersayang

"Blackout Hour" mangajak anda untuk meluangkan masa yang lebih berkualiti bersama keluarga dan rakan!

Pepsi melancarkan Pepsi Blackout Hour yang mencabar anda untuk berhenti seketika daripada menggunakan gajet bagi menikmati hubungan yang berkualiti ketika waktu makan. Sehubungan itu, Pepsi membawa pengalaman Pepsi Blackout Hour secara langsung di restoran dan dalam talian bermula 15 Disember 2021 hingga 4 Januari 2022 sebagai galakan untuk mewujudkan detik-detik berkualiti dengan insan tersayang ketika waktu makan.


Pandemik ini telah menyebabkan ramai orang bergantung kepada gajet, seterusnya mewujudkan norma baharu yang menjadikan gajet sebagai pilihan untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan sosial, meskipun ketika menjamu selera dengan insan tersayang di rumah.


Walaupun gajet mempunyai pelbagai manfaatnya, tetapi ia juga menyebabkan pengguna hilang fokus terhadap apa yang penting ketika waktu makan – menikmati hidangan serta mengeratkan hubungan bersama insan tersayang.


Justeru, bagi mengembalikan nilai dalam menikmati hidangan bersama-sama, Pepsi mengajak anda untuk menyertai dan mengalami cabaran Pepsi Blackout Hour yang memerlukan anda meletakkan telefon anda ke tepi sepanjang waktu yang ditetapkan.


Bagi menyertai cabaran ini, anda hanya perlu membeli Pepsi Black ‘Taste of Malaysia’ Edisi Terhad dan mengimbas kod QR yang terdapat padanya. Kemudian, ikuti langkah-langkah yang ditetapkan pada laman sesawang tersebut yang memerlukan anda untuk meletakkan telefon anda ke tepi selama satu jam. Sekiranya pergerakan dikesan pada telefon, penyertaan anda akan dibatalkan.


Peserta yang berjaya melengkapi cabaran akan memenangi e-Voucher Grabfood bernilai RM20, selagi stok masih ada. Untuk mengalami pengalaman sepenuhnya, anda boleh mengunjungi cawangan restoran yang terlibat bagi melakukan cabaran ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah tambahan termasuk barangan Pepsi yang menarik.


Sama ada di restoran atau di rumah, pastikan anda menyertai Pepsi Blackout Hour bermula 15 Disember 2021 hingga 4 Januari 2022 bagi mengeratkan hubungan dengan insan tersayang ketika waktu makan sepanjang sambutan akhir tahun ini. Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut yang terkini, layari laman Facebook Pepsi atau Instagram.



7 views0 comments