• Jonathan Shiek

Penyumbang Pingat Emas Pertama Filipina, Berlatih Belakang Rumah Di Jasin, Melaka

Tiada siapa yang boleh menyangka dengan hanya berlatih dibelakang rumah di salah sebuah perkampungan di Jasin, Melaka mampu melakar sejarah untuk negaranya apabila dapat menyumbangkan pingat emas Olimpik pertama untuk Filipina melalui acara angkat berat wanita kategori 55kg.

Hidilyn Diaz sejak Februari tahun lalu, yang tersangkut di Malaysia akibat pandemik COVID-19 melanda pada ketika itu, terpaksa berlatih gimansium yang dikelilingi dengan pokok pisang dan rambutan. Kalau diikutkan, tempat latihannya amat kekurangan dari segi fasiliti dan kemudahan yang baik buat dirinya untuk teruskan latihan. Tapi siapa yang sangka dengan serba kekurangan dari segi tempat untuk berlatih boleh merealisasikan impiannya dengan membawa pulang pingat emas di Tokyo Olimpik.  

Diaz, 30 tahun merupakan pemenang pingat perak pada Olimpik Rio 2016, dengan azam yang kuat dia mampu menyumbang pingat emas pertama buat negaranya. Diaz merupakan ikon penting buat negaranya, di samping atlet tinju seperti Manny Pacquiao yang merupakan wanita dari kepulauan di selatan negara itu.

Dia pada awalnya yang datang berlatih di Malaysia pada Februari 2020 kerana kekurangan fasiliti dan kemudahan untuk berlatih di negaranya. Disebabkan pandemik COVID-19 melanda pada ketika itu, menyebabkan Diaz tidak boleh teruskan latihan di Kuala Lumpur kerana gimnasium tutup, tiada akses kepada peralatan angkat berat yang sesuai untuk berlatih.

Pada Oktober tahun lalu, Diaz dan pasukannya mula berpindah ke kawasan perkampungan di Jasin, Melaka di mana mereka tinggal di rumah yang dimiliki oleh seorang pegawai persatuan angkat berat Malaysia. Disitulah, Diaz menggunakan gimnasium yang terletak diluar rumah yang mereka tumpang sebagai tempat latihannya. 

Walauapapun, Diaz tetap pulang gembira dengan hasil titik peluh dan kerja keras itu telah menyumbangkan emas pertama dalam sejarah negaranya apabila menundukkan cabaran penyandang juara dari negara China, Liao Qiuyun. Apa-apa pun tahniah buat Diaz! semoga atlet Malaysia turut membawa pulang pingat emas pertama buat negara kita.




Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments