• Jonathan Shiek

Penyokong Bola Sepak Tempatan Kini Sudah Boleh Ke Stadium!

Lebih setahun hanya boleh menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen, penyokong bola sepak negara akhirnya boleh melepaskan kerinduan masing-masing apabila kerajaan membenarkan kemasukan penonton ke stadium berdasarkan kapasiti stadium dan status terkini kawasan masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, ahli jawatankuasa mesyuarat menerusi persetujuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membenarkan kehadiran penonton ke stadium menerusi standard operasi prosedur (SOP) yang ketat.

Beliau berkata, kebenaran kehadiran penonton mengikut status kawasan berkenaan iaitu lokasi dalam status perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) hanya dibenarkan 10 peratus atau maksimum 2,000 penonton saja.

Katanya, kawasan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) pula dibenarkan lebih ramai penonton iaitu 25 peratus kapasiti stadium dengan maksimum kehadiran adalah 8,000 penonton.

0 views0 comments