• Jonathan Shiek

Penyanyi Pop, Ariana Grande Sudah Berkahwin!

Penyanyi popular antarabangsa, Ariana Grande dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan secara senyap-senyap dengan tunangnya, Dalton Gomez.

Penyanyi berusia 27 tahun itu dikatakan telah berkahwin dengan Gomez, 25, seorang ejen hartanah pada hujung minggu lalu berhampiran rumahnya di Montecito, California.

“Mereka sudah berkahwin,” wakil penyanyi itu mengesahkan kepada majalah PEOPLE!

“Ia sebuah majlis yang kecil dan intim serta dihadiri kurang daripada 20 orang,” kata wakil Grande.

Wakil pemenang Grammy itu mengesahkan kepada pihak media bahawa majlis rahsia itu berlaku berhampiran rumahnya di California di mana selebriti terkenal seperti Oprah Winfrey, Ellen DeGeneres dan Putera Harry dan Meghan Markle tinggal berhampiran.

Ariana dikatakan telah membeli rumah milik DeGeneres, sebuah rumah besar gaya Tudor seluas 5,500 kaki persegi bernilai $ 6.75 juta (RM28 juta) pada Ogos tahun lalu.

Upacara itu dilakukan di halaman belakang rumah Grande dengan dihiasi ratusan bunga putih dan merah jambu muda.

Sumber itu juga mendakwa bahawa upacara itu dirancang hanya untuk keluarga terdekat pengantin tetapi tidak jelas apakah ia adalah keputusan secara tiba-tiba atau tidak.

0 views0 comments