• Jonathan Shiek

Penyanyi Lejen Tenang ‘Tarik’ Sambil Tebar Roti Canai!

Viral di laman Twitter, seorang lelaki dengan selamba ‘tarik’ lagu bernada tinggi sambil menebar roti canai!

Video yang bertempat di Pasir Puteh Kelantan itu menarik perhatian ramai netizen sehinggakan mencapai lebih 20K retweets! Pengguna Twitter @/mayom____ berkongsi video tersebut dan ianya sememangnya membawa semula kita ke zaman rock kapak 90an!

Steady abang tarik sambil tangan tebar roti canai pic.twitter.com/NJcxVl1Pgs — m. (@mayom____) January 21, 2021

Sebenarnya, penebar roti canai itu merupakan penyanyi asal lagu itu sendiri! Pemilik suara itu sebenarnya adalah Renggo Arrow, penyanyi asal lagu Niat Hati Tak Nak Berpisah. Renggo sendiri sudah bertahun-tahun mencari rezeki sebagai penebar roti di kedai makan miliknya.

Dahulu menyanyi dan menghiburkan peminat, kini tidak menang tangan me­layan pelanggan serta ligat menebar roti canai di sebuah kedai di Kampung Sungai Petai, Kelantan.

Sekadar info, Renggo juga pernah menyertai rancangan realiti Kilauan Emas, mungkin selepas ini kita boleh melihat beliau muncul semula dalam kaca TV?

#renggoarrow #roticanai

1 view0 comments