• Jonathan Shiek

Penyakit Ketawa Hingga Tertidur Yang Dialami Oleh Wanita Ini

Seorang wanita yang menghidap sejenis penyakit pelik dimana setiap kali dia ketawa akan membuatkannya tertidur. Bella Kilmartin, 24 tahun yang menghidap penyakit narkolepsi ketika remaja selepas tertidur semasa menduduki peperiksaan. 

Wanita ini juga hilang daya untuk mengawal kesemua ototnya apabila dia ketawa terlalu kuat. Selain dari itu, Kilmartin turut mengalami satu keadaan yang dikenali sebagai cataplexy iaitu kelemahan otot secara tiba-tiba yang didorong oleh emosi yang kuat apabila ingin ketawa.

Kilmartin disahkan menghidap penyakit itu sebaik sebelum meninggalkan sekolah pada 2015 dan mula berjumpa dengan pakar yang mengesahkan dia mempunyai sindrom cataplexy.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

1 view0 comments