• Jonathan Shiek

Penunggang Grab Food Maut Akibat Terlanggar Jalan Berlubang

Kejadian berlaku di Petaling Jaya, seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggang melanggar lopak di bahu jalan sebelum terjatuh dalam kemalangan di Jalan PJU 7/2 di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 1.15 tengah hari ketika mangsa sedang dalam perjalanan menghantar makanan. 

Katanya “mangsa berusia 31 tahun yang berasal dari Kampung Cempaka terlanggar lubang di bahu jalan sebelum hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan. Mangsa juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya”. 

Penghantar makanan usia 31 maut selepas motosikal ditunggang mangsa terbabas akibat terlanggar lubang di bahu jalan. Kejadian berlaku di Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara jam 1.15 tengah hari tadi. Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987-KPD PJ pic.twitter.com/g2bKx9rgC9 — Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) January 4, 2021

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi untuk bedah siasat dan polis sedang giat menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Terdapat sebuah video yang dirakam oleh saksi kejadian terbabit. Mayat penghantar makanan tersebut dilihat telah ditutup oleh orang awam sebelum menunggu kedatangan ambulan.




Sumber artikel asal dari MyMetro

#kemalangan #RIDER

0 views0 comments