• Jonathan Shiek

Penunggang Basikal Diberi Pampasan RM 41.8 Juta Kerana Terlibat Kemalangan

Kejadian yang berlaku di Singapura apabila seorang penunggang basikal warganegara Switzerland berusia 45 tahun menerima pampasan berjumlah S$13.6 (RM41.8 juta) selepas terlibat dalam satu kemalangan menyebabkan kecederaan pada otaknya.

Ia dipercayai merupakan rekod julah kecederaan peribadi. Menurut dokumen undang-undang Singapore Law Watch, semasa kejadian tersebut Christian Joachim Pollman bertugas sebagai pengarah eksekutif di bank Swiss, Julius Baer.

Pada November 2014, Pollman yang ketika itu sedang berkayuh basikal sepanjang Brickland Rod di Jurong bersama seorang rakan. Kemudian pemandu kereta Ye Xianrong yang sedang menukar lorong jalan tak menyedari Pollman yang sedang berbasikal di hadapannya.

Pollman mengalami kecederaan serius di bahagian kepala yang memberi kesan kepada ingatannya dan menghabiskan masa selama enam bulan di hospital. Pada 2016, Xianrong telah mengaku salah kerana menyebabkan kecederaan serius pada Pollman didenda S$5,000 (RM15,386) dan dilarang memandu selama tiga tahun.

Kini wang pampasan tersebut akan ditanggung oleh insurans Xianrong yang ketika ini sudah pun membuat bayaran interim kepada Pollman berjumlah S$3.1 juta (RM9.54 juta).

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments