• shafika9

Penonton Mendakwa Drama Siri ‘Squid Game’ Tiru Filem Jepun ‘As The Gods Will’

Bagaimana pendapat korang, ada rasa macam meniru ke dari segi konsep cerita ?

Kredit foto: Soompi


Pada masa kini, drama siri terbaru yang sedang sensasi di Netflix iaitu ‘Squid Game’ yang sedang hangat diperkata-katakan orang ramai kerana jalan cerita yang dipaparkan gempak, memukau dan mengerunkan. Tapi, baru-baru ini terdapat beberapa penonton mula mendakwa bahawa jalan cerita ‘Squid Game’ meniru konsep dari sebuah filem Jepun yang telah dikeluarkan pada tahun 2014, ‘As The Gods Will’.


Terdapat seorang netizen mendakwa bentuk permainan yang dimainkan dalam Squid Game, Red Light, Green Light meniru aksi permainan itu berdasarkan dari babak filem ‘As The Gods Will’. Apatah lagi dengan menggunakan konsep patung, kiraan masa dan kedudukan kamera dalam adegan tersebut yang sangat mirip.

Ini berdasarkan Trailer dari filem ‘As The Gods Will’ yang dikeluarkan secara rasmi pada tahun 2014.

Permainan Red Light, green Light merupakan permainan yang popular dan kerap dimainkan oleh kanak-kanak Korea Selatan. Begitu juga permainan-permainan yang lain ditunjukkan dalam drama siri ini. Bagi pula pada filem ‘As The God Will’ ini terdapat ada beberapa permainan saja yang lebih kurang sama seperti dalam ‘Squid Game’, tapi tidak secara menyeluruh. Kebanyakkan permainan kanak-kanak yang dimainkan di Korea Selatan, ada juga sama seperti permainan yang dimainkan di Malaysia seperti galah panjang dan guli.


Tapi menurut dari pengarah Squid Game, Hwang Dong Hyuk berkata “saya telah menulis konsep dan jalan cerita Squid Game ini sejak tahun 2008 dan 2009 lagi. Ia mungkin sedikit mirip beberapa adegan tersebut tapi bukan secara keseluruhannya. Memang ramai akan claim kesamaan siri ini dengan karya mereka. Tetapi apa yang boleh saya cakap, saya hasilkannya dahulu,” kata Hwang.

Konsep survival game telah banyak dilakukan kebanyakkan negara. Kebiasaannya, ia mudah ditayangkan secara terus di siaran Netflix kerana ia diberi kebebasan dan kreativiti untuk hasilkan karya dari pengarah untuk dipaparkan kepada penonton. Antara, konsep cerita yang lebih kurang sama seperti Alice In Borderland, Battle Royale, Hunger Games dan banyak lagi.


Bagi siapa yang masih belum menonton siri ‘Squid Game’ ini, bolehlah mula menonton di Netflix. Ia mengisahkan sekumpulan individu yang secara rela menyertai satu pertandingan untuk memenangi wang tunai yang besar kerana desakan hidup masing-masing. Malah, untuk memenangi wang besar bernilai 45.6 bilion won (dianggarkan RM 160 juta) ia melibatkan taruhan nyawa mereka untuk bergelar seorang juara.



10 views0 comments